CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 27, 2009

Ujian Itu Satu Rahmat


Allah berfirman yg bermaksud:
(apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan
mengatakan,”Kami telah beriman “..) dan mereka tidak akan diuji?…(dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka ,maka ALLAH pasti mengetahui orang2 yang benar dan pasti mengetahui orang2 yg dusta..)
(al-‘Ankabut:2 dan 3)

Berdasarkan ayat ini kita boleh menyimpulkan bahawa ujian dan musibah itu adalah petunjuk dan merupakan khabar gembira kepada seseorang muslim…dimana ujian itu boleh dianggap sebagai pengishtiharan daripada Yang ESA,bahawa kita tergolong dikalangan org2 yg beriman… dan sesuatu ujian itu diturunkan kepada kita adalah utk menguji sejauh mana tahap keimanan kita terhadap Yang Maha Pencipta…sejauh mana kita meletakkan kepercayaan kita kepadaNYA…dan sejauh mana tawakkal kita kepadanya… ujian dan musibah itu juga merupakan rahmat bg seseorang muslim..dimana setiap ujian yg diturunkan oleh ALLah itu akan dibalas oleh ALLAH dgn di hapuskan dosa-dosa lampau dan dianugerahi nikmat syurga bagi mereka yang sabar di dalam menempuh ujian yg diberikan kpd mereka…

Baru2 ini kita berdukacita dan merasa pedih diatas apa yg menimpa saudara kita di Palestin apabila rejim zionis menyerang Palestin dan membunuh nyawa-nyawa yang tidak bersalah..mereka membunuh kanak-kanak,wanita,dan sesiapa sahaja. Hal ini jelas dan terang mencabuli hak asasi manusia.. disaat_saat yang genting begitu,namun tiada sebuah negara Islam pun yang menunjukkan simpati dan berani untuk membantu mereka.. dan aku… hanya mampu untuk berdoa dan mengalirkan air mata setiap kali melihat tubuh-tubuh saudara-saudaraku di palestin yang telah kaku dengan keadaan yang mengerikan.. “Ya ALLAH, anugerahkan mati syahid kepada mereka..”… Namun disebalik apa yang berlaku, mereka sebenarnya amat bersyukur kerana ALLAH telah membuka pintu syahid seluas-luasnya utk mereka…mereka yakin dengan apa yang dijanjikan oleh Yang Maha Pengasih kepada mereka.. Itulah yang menjadi sumbu pelita yang menyemarakkan perjuangan mereka.. mereka berjuang dgn penuh kental dan berani dan tumbang sebagai perwira yang syahid… alangkah beruntungnya mereka.. jauh disudut hatiku ,aku cemburu dgn mereka…cemburu akan kasih sayangNYA kepada mereka..namun ,adakah aku mempunyai keyakinan dan kekuatan seperti itu.. jika aku berada di tempat mereka?…


Sebagai contoh yang lain, jika kita lihat para Nabi dan Rasul sendiri diberikan oleh ALLAH dengan bermacam2 ujian dan halangan yang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan ujian yang diberikan kepada kita.. jadi adakah kita boleh untuk menyatakan bahawa ujian yang diturunkan oleh ALLAH kepada para kekasihNYA itu adalah satu balasan dan musibah kepada mereka?? Sudah pasti itu adalah salah sama sekali… dan disini kita dapat yakini bahawa ujian itu adalah satu rahmat drp YANG MAHA KUASA untuk hamba2nya yang terpilih.. Oleh itu marilah kita menerima dan menganggap setiap ujian yang diberikan oleh ALLAH sebagai satu rahmat daripadaNYA… Jesteru itu,marilah kita sama2 menjadi hamba yg bersyukur dgn menerima setiap ujian dan dugaan itu dgn yakin dan sabar….
INSYAALLAH…

0 comments: