CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 25, 2009

Wasiat seorang abid




Ismail bin Muhajir Al-Qari seorang abid pakar qiraat dan terkenal sangat jujur. Beliau menceritakan bahawa apabila ayahnya hampir meninggal dunia,dia mengumpulkan semua anak2nya lalu menyampaikan wasiat,:”wahai anak2ku! Hendaklah engkau bertaqwa kepada ALLAH. Hendaklah engkau membaca dan berpegang teguh kepada Al-Quran.Hendaklah engkau bersikap jujur,sehingga seandainya salah seorang diantara kamu membunuh seseorang lalu ditanya,maka berkatalah terus terang…
Demi ALLAH,aku tidak pernah berdusta sedikit pun semenjak aku membaca Al-Quran.Hendaklah engkau berlapang dada dan menganggap baik terhadap semua orang Islam..Demi ALLAH engkau telah melihat bahawa aku tidak keluar dari pintu rumahku dan aku tidak bertemu dengan seseorang muslim melainkan aku menganggapnya baik sebagaimana aku tidak suka diangaggap tidak baik..Bukankah engkau telah melihat sendiri aku tidak suka melainkan pada kebaikan?”…



Menangis Sebelum Datang Hari Tangis






Ismail bin Muhajir juga berkata bahawa Nabi Daud a.s pernah ditegur oleh seseorang kerana terlalu banyak menangis..Maka Nabi Daud menjawab:”Biarkanlah saya terus menangis sebelum datang hari tangis,sebelum tulang belulang terbakar ,sebelum suasana yang sangat panas dan sebelum aku diheret kpada malaikat yang kasar,yg keras yang tidak mnderhakai ALLAH terhadap apa yg diperintahkan-NYA kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan..”…

0 comments: