CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 14, 2009

10 WASIAT RASULULLAH S.A.W

Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara:

1)Janganlah kamu menyengutukan ALLAH dengan sesuatu apapun,meskipun kamu akan dibunuh atau dibakar.

2)Janganlah kamu menderhakai kedua ibubapa kamu,meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dgn isteri dan harta benda kamu..

3)Janganlah kamu meninggalkan solat fardu dgn sengaja.

4)Jangan sesekali kamu minum arak,kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat.

5)Jauhilah diri kamu daripada segala perbuatan maksiat,kerana ianya akan menyebabkan kemurkaan Allah.

6)Jangan kamu lari dari medan pertempuran ,walaupun semua rakan kamu telah terbunuh.

7)Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak merebak seperti taun dan sebagainya.

8)Belanjalah utk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu.

9)Jangan kamu mengelak drpd merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik.

10)Takutkan anak-anak kamu kepada Allah.

(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabarani)

Friday, July 10, 2009

semoga cepat sembuh

semoga Timbalan Presiden PAS, ustaz Nasharudin Mat Isa sabar dalam ujian yang diberikan oleh ALLAH kepadanya...dan semoga ALLAH mempermudahkan segala urusannya.. sudah menjadi lumrah seorang dai' dan pejuang yang memegang amanah dalam meneruskan dakwah Rasulullah s.a.w terpaksa menempuhi mehnah dan ujian...


"Dan dialah yang menciptakan hidup dan mati,dan untuk menguji kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya.Dan dia Maha PERKASA ,Maha PENGAMPUN. -almulk:2-

Ya Allah sembuhkanlah dan permudahkan segala urusannya agar dia dapat terus memperjuangkan kalimah tauhidMU di muka bumi ini Ya ALLAH...amiin

Thursday, July 9, 2009

SEMPURNAKANLAH SOLAT KITA



Diriwayatkan oleh Hazrat Anas r.a,katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "sesiapa yang menunaikan solat pada waktunya dan berwuduk dengan sempurna,qiam,khusyuk,rukuk dan sujudnya dilakukan dengan sempurna maka amalan solatnya naik dalam keadaan putih berseri-seri dan berkata,"Semoga ALLAH memelihara kamu sebagaimana kamu memelihara aku"...Dan sesiapa yang menunaikan solat tidak pada waktunya dan tidak berwuduk dengan sempurna maka solatnya naik dalam keadaan hitam lagi gelap dan berkata,"semoga ALLAH mensia-siakan kamu sebagaimana kamu mensia-siakan aku".. Sebagaimana yang dikehendaki ALLAH amalan solatnya akan dilipat seperti kain buruk,kemudian akan dilempar kemukanya". (Hadith riwyat Imam Tabarani)



dan Rasulullah juga bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Hazrat Abu Hurairah: "Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali akan dihisab daripada amalan seorang hamba pada hari kiamat ialah solatnya.Jika sempurna amalan solatnya maka beruntung dan berjayalah dia.dan jika solatnya rosak(tidak sempurna) maka menyesal dan rugilah dia. Jika ada kekurangan dalam solat fardunya maka Allah memerintahkan,"lihatlah adakah hambaKU ini mempunyai amalan solat sunat?" maka kekurangan solat fardunya akan disempurnakan dengan solat sunat.begitulah seterusnya dengan amalan-amalan yang lain.."
(Hadith riwayat Imam Tirmizi)

Tuesday, July 7, 2009

KEUTAMAAN MAJLIS ZIKIR

Abu Muhammad Ata’ bin Abi Rabah Al-Makki seorang Tabiin yang terbilang,kuat ingatannya dan merupakan seorang alim besar,faqih dan banyak meriwayatkan hadis...guru-guru beliau dikalangan sahabat antaranya ialah Abu Hurairah,Ibnu Umar Abu Said, Ibnu Zubair dan Ibnu Abbas.. beliau sangat tawadduk dan wafat pada tahun 114hijrah.

Abu Hazan berkata bahawa dia pernah mendengar Ata’ bercakap mengenai keutamaan majlis zikir..

“barangsiapa yang duduk didalam majlis zikir satu kali, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang diperolehi akibat menghadiri majlis yang bati(maksiat) sepuluh kali.”kata Ata’.

“Apa yang dimaksudkan dengan majlis zikir itu?”tanya Abu Hazan.

“majlis zikir ialah majlis yang menerangkan tentang hukum halam dan haram,yang menerangkan cara-cara mengerjakan solat,cara-cara berpuasa,cara-cara bernikah dan cerai serta cara-cara jual beli.”jawab Abu Ata’.

Pada suatu hari ,seorang pemuda soleh bernama Muhammad bin Suqah telah datang kepada Abu Ata’ untuk meminta nasihat tentang agama.

“wahai tuan,berilah saya nasihat”.kata pemuda itu.

“wahai anak saudaraku,sesungguhnya orang-orang sebelum kamu tidak suka bercakap lebih,sebab mereka menggangap cakap yang lebih itu akan mendatangkan dosa kecuali mambaca Alquran,menyurah kepada yang ma’ruf,mencegah dari kemungkaran dan bercakap seperlunya untuk memenuhi keperluan hidup”.kata Ata’.

“apakah kamu mengingkari firman Allah didalam kitab suciNYA yang bermaksud:

(“padahal bagi kamu ada malaikat-malaikat yang mengawasi pekerjaanmu .yang mulia disisi ALLAH dan yang mencatit pekerjaan-pekerjaanmu”…) al-Infitar: 10-11

(iaitu ketika dua orang malaikat mencatit amal perbuatannya,seorang duduk di sebelah kanan dan seorang duduk di sebelah kiri.tiada ucapan yang diucapkannya melainkan ada dekatnya malaikat pengawas yang selalu siap(mencatit)..”.) al-Qaf: 17-18

Monday, July 6, 2009

Kematian Itu Satu Kepastian




Kehidupan di dunia yang bermula dari saat kelahiran ,akan berakhir dengan saat kematian..disaat kelahiran itu ,dirimu disambut dengan senyuman dan kegembiraan…namun tatkala disaat kematian menjemput,pemergianmu disambut dengan teriakan dan tangisan.sepi yang menyelubungi menandakan berakhirnya kehidupan seorang insan didunia yang fana ini…dan ia kembali kepada Pencipta Yang Agung…begitulah hakikat kehidupan yang sementara…

Allah berfirman yang bermaksud:
(“setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan.dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami”).. al-anbiya’:ayat 35

Berdasarkan ayat di atas maka tidak dapat diragukan lagi soal kematian.. setiap makhluk yang bernyawa yang diciptakan Allah pasti akan kembali kepadaNYA..hatta,para nabi dan rasul juga mengahadapi saat kematian,apatah lagi kita hamba yang penuh dosa dan noda,setiap hari bergelumang dengan maksiat… sudah pasti kita juga akan merasainya..Cuma masa yang menentukannya..bagaimana pula makhluk Allah yang bernama jin? Sudah pastinya mereka dari golongan jin juga tidak terlepas darinya,cuma nyawa mereka dipanjangkan oleh Allah Taala,dan saat kematian mereka ditangguhkan sampai hari kiamat.

Dan Allah berfirman lagi yang bermaksud:
(“dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu)..apabila ajalnya tiba mereka tidak dapat meminta penundaan atau meminta percepatan walau sesaatpun”.)…al-a’raf:ayat 34

(“dan Allah tidak akan menunda kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah tiba.dan Allah MahaTeliti tehadap apa yang kamu kerjakan”)...al-munafiqun:ayat 11

Apabila bercakap tentang soal kematian,ramai diantara kita yang takut akan kematian..dan ada pula yang seolah-olah lupa terhadap satu saat yang pasti akan mereka hadapi,iaitu “saat kematian”...kita hanyut dengan kehidupan seharian,karam dilautan nikmat duniawi ,lalai dengan kemewahan yang tidak kekal,dan terus menerus diperdayakan oleh syaitan laknatullah,tanpa memikirkan matlamat sebenar kewujudan kita diatas muka bumi ini..inilah kita..adakah kita lupa yang kita telah diamanatkan olehNya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..menegakkan amal makruf dan menghalang kemungkaran..tidakkah kita lupa yang suatu hari nanti kita akan menghadapNya…alangkah celakanya kita…tidakkah kita gerun apabila mendengar apabila mendengar perkataan “mati” ? disaat itu tiada lagi sesalan buat kita..Ya Allah bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai..betullah apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w bahawa diakhir zaman nanti, akan wujudnya ramai manusia yang menyintai dunia dan takutkan mati… jauhkan kami daripadanya Ya Allah…

Allah berfirman lg yg bermksud:
(“dan mereka tidak akan mengharapkan kematian itu selamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri..dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yg zalim”).
Surah aljuma’ah:ayat 7

Tatkala diriku teringatkan kematian,sering kali juga diri ini terfikir kapankah kematian itu akan menjemputku..dimana,bagaimana, dan adakah pada saat itu aku benar-benar telah bersedia utk menghadap Illahi..bagaimana sekiranya pada saat itu diri ini berada didalam kemurkaanNya..bagaimana jika aku tidak sempat bertaubat kepadaNya…ya ALLAH matikan kami dalam keadaan kami beriman kepadaMu..matikanlah kami disaat Engkau benar-benar meredhai kami…janganlah Engkau menghukum kami diatas dosa-dosa yang kami lakukan..kami adalah hambaMU yang lemah,yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.maka ampunkanlah kami… hanya kepadaMU kami serahkan hidup dan mati kami…alangkah celakanya kami jika kami mati di dalam kekufuran kepadaMU… kasihi dan kesihanilah kami ya ALLAH….amin Ya Rabbal ‘Alamin..
Marilah kita sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH ,semoga kita menjadi hamba-hambaNYA yang terpilih dikalangan yang terpilih… Insyaallah…sirru ‘ala barakatillah..